HOME

Penggunaan poslaju dan pos daftar

Assalam semua pelanggan MAB,

Ingin dimaklumkan di sini sekali lagi, penggunaan pos ekspress tidak dapat saya gunakan lagi disebabkan pihak pos malaysia tidak membenarkan langsung sebarang benda selain dokumen dan surat sahaja untuk menggunakan pos ekspress. Dengan itu, saya memohon maaf sekiranya dengan penggunaan poslaju akan membebankan para pelanggan semua.

Terdapat 2 pilihan:



POS DAFTAR:


Dimana sekiranya ingin menggunakan pos yang lebih murah, boleh menggunakan pos daftar dengan syarat anda perlulah membuat order lebih awal utk mab sampai ke tangan tepat atau sebelum anda sambung semula mab. Ianya adalah kerana pos ini mengambil masa dr 3-5 hari bekerja. Kos bagi 2botol mab adalah rm2.50. Sekiranya ingin membuat order lebih dari 2,sms saya untuk saya confirmkan kos.

POSLAJU:

pos ini lebih mahal sedikit tetapi sekiranya nak urgent bolehla menggunakannya. Kos pos bagi kawasan kuala lumpur adalah rm5.manakala luar dari kuala lumpur adalah rm6 bagi 1-5 botol.

Terima kasih.

Pengeposan mab menggunakan pos ekspress rm4.50

Assalam semua pelanggan MAB, ingin dimaklumkan di sini bahawa pembelian mab 2-5botol perlu Menggunakan pos ekspress seperti dinyatakan di atas atas sebab pos m'sia tidak membenarkan selain dokumen untuk pos ekpress yang berhatga rm3 dan rm3.50. Jadi utk mengurangkan kos pos saya cuba juga menggunakan pos yg paling murah dengan penambahan sebanyak rm1 dan rm1.50.

Harap pelanggan semua boleh menerima perubahan ini...





Terima kasih..

Tiada urusniaga sebelum raya

Assalam semua pelanggan2 maajun anggun bistari khairyna, ingin dimaklumkan di sini bahawa urusniaga ditutup mulai 22/8 hingga 4/9 sempena sambutan hari raya aidilfitri yang akan menjelang tiba. Oleh kerana pos malaysia juga akan menghentikan operasi dr 23/8 dan memulakan semula operasi selepas hari raya nanti..saya terpaksa tutup awal sedikit kerana stok mab di tangan juga sangat2 terhad. Saya akan mengambil stok baru selepas hari raya juga..

Dikesempatan ni saya mengambil peluang untuk memohn maaf andai ada pelanggan yang terasa atau saya ada membuat salah dan silap selama urusniaga dijalankan..

Akhir kata saya ingin ucapkan SELAMATQ HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.


InFo MAB

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) telah pun didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 berkuatkuasa 7April 2011 di mana hak eksklusif cap dagangan atau Trade Mark MAB hanyalah dipunyai oleh ZAL PERMAI RESOURCES. Oleh yang demikian pihak syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang mungkin menggunakan nama dan logo MAB tanpa kebenaran dan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara di bawah Seksyen 18, Akta Perihal Dagangan 1972. Pihak kami amat mengambil berat atas penjenamaan nama MAB ke atas produk Maajun Anggun Bistari agar mutu serta khasiatnya sentiasa terpelihara dan dijamin tulen.

MAB Dengan Sticker baru

Assalamualaikum semua pelanggan2 MAB,

Ingin dimaklumkan bahawa MAB dengan sticker/label baru telahpun digunakan berkuatkuasa sekarang. Sila beri perhatian kerana agenda cetak rompak 'MAB TIRUAN' di luar sana terlalu banyak. Ini mungkin akan membuatkan pelanggan keliru di mana nama dan produk adalah sama dan sticker lain serta harga yang ditawarkan lebih murah. Buat pengetahuan semua, MAB telah distandardkan harganya bagi memastikan tiada penipuan ke atas 'mab yang sebenar'. Jadi sila dapatkan MAB dari pengedar yang sah sahaja.

Gambar kurang jelas. saya akan pastikan gambar yang jelas dan terang akan publish dalam masa terdekat.


Terima kasih.

testimoni terbaru!!! Sile baca

Ingin hamil setelah menunggu hampir 2 thn

perbualan melalui sms:

"ni kti nak bgtau ziana,member kti ada mkn 3 botol mab. skrg dh pregnant. dia punya la haapy. Dia nak anak lm dh...Ye lah. kwn kti mmg mkn mab tu utk pregnant. kti promote kat dia. Dia dh ada anak sorang 5 thn. Ms anak dia 3 thn, dia mmg nak sorang lg. Maklumlah umur dh meningkat" (alhamdullillah dgn hanya mkn mab 3 btl/lbh krg 3 bln..dah berjaya pregnant)

note: ayat ni tidak diedit sama sekali. ini adalah salinan terus dr hpon. tahniah sy ucapkan kpd kwn kpd kwn sy ni di atas berita gembira ini...

"kite hanya merancang dan 'berusaha'...selebihnya Allah yang tentukan"


Pengumuman CUTI RAYE CINA....

Ingin dimaklumkan bahawa saya akan bercuti dari 28/1/2011 hingga 6/2/2011. sepanjang saya bercuti, tiada urusan pembelian dilakukan. Urusniaga akan kembali berjalan sperti biasa pada 7/2/2011..sekian

Habbatussauda....Akan Datang!!!




InsyaAllah akan datang (mungkin start Februari) akan ada produk baru iaitu Habbatussauda.
Andai kata ingin ikhtiar dapat zuriat, isteri makan MAB dan suami makan Habbatussauda..

Produk kesihatan untuk seisi keluarga sesuai untuk lelaki/wanita/anak-anak.Amat sesuai untuk amalan seharian, menyihatkan badan dan ubat segala penyakit.





SIMPTOM AWAL/SEMENTARA TINDAK BALAS RAWATAN MAB





Buat anda yang baru mengambil MAB... berikut disenaraikan antara tindakbalas proses rawatan MAB.. (hanya segelintir sahaja yang mengalami simptom2 ini)

>>Period menjadi lintang pukang..
-period mungkin akan berlanjutan lebih dari 7 hari...
-ada juga kes yang period datang 4hari.. then stop 2 hari.. then datang semula..
** pada masa ini MAB dalam proses merawat darah kotor dalam peranakan..dan darah tu dikeluarkan melalui period..


>>Rasa mengatuk...
-
selalunya akan di rasai pada yang mengambil MAB pada waktu pagi..
-pada yang ambil malam... tentu tak perasan simptom ni sebab lepas makan MAB.. memang nak tidur.. hehehe..


>>kerap kencing/buang air besar/ kentut....
**
MAB tengah buat angin dan toksin la tu...

>>pening kepala
-
adakalanya boleh membawa sampai demam
**MAB ni agak panas.. so disarankan banyakkan minum air masak.


>>rasa berdenyut pada payu dara...-
ada yang berasa denyutan yang menyakitkan sehingga tak boleh nak pakai baju dalam
**situasi begini selalunya di alami jika kita hampir didatangi period..begitulah juga dengan MAB.. bermakna, MAB sedang merawat tubuh kita
** salah satu fungsi MAB.. menegangkan payudara.. so denyutan tu bermakna.. payudara semakin menegang.. wow.. mengancam la lepas ni.. hehehe


***NAMUN ANDA TAK PERLU RISAU KERANA SIMPTOM-SIMPTOM INI HANYA SEMENTARA... tempohnya bergantung pada tahap kesihatan dan ketahanan tubuh masing-masing...

Dharapkan  pengguna MAB dapat bersabar terhadap tindak balas aawal rawatan MAB ini...
 


Jangkitan Kulat Pada Faraj -Punca dan Cara Atasi

Info utk dikongsi




Jangkitan kulat terjadi apabila terdapat ketidak-seimbangan pada tahap asid dan normal bakteria dalam vagina menyebabkan terjadinya jangkitan kulat. Ia adalah jangkitan yang kerap terjadi dikalangan mereka yang aktif secara seksual dan juga wanita hamil.

Apa yang menyebabkan ia terjadi?


Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih dari sebab-sebab berikut: -


~Perubahan hormon semasa hamil
~Pemakanan pil perancang
~Pengambilan ubat antibiotik atau steroid
~Penyakit kencing manis
~Hubungan seks
~Douching
~Darah dan air mani

Apakah simptom jangkitan kulat?

Simptom-simptom termasuk:
-Gatal, pedih dan sakit pada faraj
-Keluar keputihan yang pekat seperti cheese dari faraj
-Rasa pedih semasa kencing dan semasa seks
-Bengkak, sakit, dan tumbuh bintik-bintik kemerahan pada faraj.

Apakah penyakit-penyakit lain yang saya mungkin hadapi?

-Jangkitan kuman kelamin seperti sifilis, chlamydia, gonorrhea, atau trichomoniasis dan juga jangkitan bacterial vaginosis.

Bagaimana membuat diagnosa masalah jangkitan ini?

-Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan vaginal untuk melihat corak keputihan tersebut dan selalunya diagnosa akan dibuat secara klinikal. Sekiranya ragu, doktor akan mengambil swab dan menghantar kemakmal untuk ujian kultur.

Bagaimana jangkitan kulat ini dirawat?

Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti fungal yang diletakan didalam faraj. Ia selalunya akan mengurangkan gatal-gatal dengan cepat dan jangkitan selalunya akan hilang selepas satu minggu. Terdapat juga ubat yang dimakan tetapi akan mengambil sedikit masa untuk merawat kegatalan. Anda boleh bertanya kepada doktor ubat sapu yang boleh digunakan untuk merawat sakit dan pedih disekitar faraj.

Bagaimana saya boleh mencegah jangkitan ini dari berlaku?

Jangkitan kulat boleh dicegah dengan mengamalkan perkara berikut:

~Elakkan dari memakai seluar ketat dari kain bersintetik
~Pakai seluar dalam dari kapas
~Basuh faraj secara rutin dan keringkan ia selalunya.
~Sapu faraj dengan tuala dari depan kebelakang
~Mandi selepas aktiviti berenang dan keringkan faraj sebaiknya
~Tukar seluar dalam sebaik sehaja selepas bersenam atau aktiviti lasak.
~Jangan douche atau gunakan spray haruman pada faraj
~Jangan pakai panty-liner
~Jangan gunakan kertas tandas yang wangi atau berwarna
~Makan makanan berkhasiat dan kurangkan makanan manis.
~Amalkan memakan yogurt untuk mengalakan pertumbuhan bakteria baik dalam faraj.

~Amalkan Maajun Anggun Bistari

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Sekiranya anda mendapati simptom kegatalan masih tidak berubah selepas 3 hari rawatan atau simptom datang balik selepas rawatan, berjumpa balik dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin mengalami jangkitan yang lebih serius.

SLMT TAHUN BARU 2011




Salam semua.

tak sempat nak ucap slmt thn baru pada pelanggan2 Maajun Anggun Bistari (MAB). semoga tahun ini dapat memberi inspirasi dan keazaman baru buat kita...harapnya tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya....Aminnnn